Koleksi nasihat dari ustazah...

Rajin ustazah Nisa' nasihatkan cek... Tp susah benar cek nak jadi budak baik... Daripada terperuk dalam phone cek, so cek kongsi lah kat cni nasihat2 tu... Dengan harapan org yang baca kat cni jadi baik, walaupun cek tak jadi baik, at least dapat jgk saham baik tu kat cek... Heheee...

Baca eh satu-satu... =)

Berbahagia lah orang yang jika mendapat nikmat, maka akan bersyukur. Jika diduga, maka akan bersabar. Jika melakukan dosa, maka cepat2 beristighfar dan bertaubat. Jika marah maka akan dikawal dengan baik. Dan jika berkuasa maka akan berlaku adil...

Keimanan yang benar menjadikan perjalanan hidup umpama sebuah kisah cinta. Kesetiaan dan pengorbanan akan menukar ujian pahit menjadi satu kenangan manis. Kesabaran menjadikan segala yang ditanggung ringan dan mudah. Keyakinan pada janji2 ALLAH menjadikan jiwa tenang ketika perjalanan begitu sukar. Kerinduan padaNYA menjadi pembakar semangat setiap kali berhadapan dengan kegagalan dan ujian berat... =)

Tidaklah kelembutan itu ada dalam sesuatu kecuali dia akan memghiasinya. Dan tidaklah ada kekasaran itu ada pada sesuatu kecuali dia akan mencemarkannya...

Jika orang memerlukan mu, itu adalah kenikmatan. Janganlah mengabaikan keperluan mereka. Ketahuilah bahawa saat2 terbaik mu adalah saat anda dicari orang lain, bukan saat anda mencari orang lain...

Ada 4 perkara yang boleh merosakkan badan iaitu: cemas, sedih yang berpanjangan, lapar dan kurang tidur malam. Tidurlah anda sebelum anda ditidurkan. Hahh??? Ada ke camtu... Huhuuu...

Usaha bermula dari CITA2. Setiap cita2 bermula dari MIMPI. Dan setiap mimpi bermula dari TIDO... Jd tido lah untuk BERJAYA... Betul ke??? hehee...

Sebelum tido, maafkanlah seluruh manusia, cuci hati dengan kemaafan. Dan sebaik kemaafan dilumuri dengan keikhlasan, nescaya anda akan mendapat manisnya IMAN.

Selemah2 manusia adalah orang yang tak boleh mencari sahabat. Dan orang yang lebih lemah daripada itu adalah orang yang mensia2kan sahabat yang telah dicarinya (Saidina Ali)...

Buat sahabat
Tidak terasa bila dia pergi
Tapi sayu bila dia tak kembali...
Mencarinya
Dengan hati yang suci
Lebih indah dari memiliki
Tapi tak menghargai...
Dia datang tanpa seruan
Dia pergi tanpa alasan
Kejarlah dia sebelum hilang
Kerana dialah anugerah tiada bandingan...

Kita rugi menjadi orang yang biasa kerana hidup ini terlalu singkat seandainya kita biasa2. Pilihlah untuk menjadi orang yang luar biasa, sanggup buat yang terbaik dan berani memberanikan diri supaya kita menjadi yang terbaik. Hadapi hari ini dengan cemerlang.... =)

Ya ALLAH, bukakan bagi ku pintu2 syurga. Tutupkan bagi ku pintu2 neraka. Berikanlah kemampuan pada ku untuk membaca ayat2 suci Al-Quran... Amin...

Ya ALLAH, janganlah aku dihina kerana maksiat ku. Janganlah menyeksa ku dengan balasan MU. Dan jauhkan lah aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan MU... Amin...

Selamat beramal... =)

No comments: