Photobucket

Biarkan pena ini aja yang berbicara...

Hidup kita banyak peristiwa
mulalah kita ingin berbicara
perkara semalam, hari ini dan lusa
hakikat kejadian alam Allah Taala
namun tak pula kita ambil pengajaran berharga.

Saidina Ali pernah berkata
manusia ini ada 4 golongan pemikirannya
tentang ilmu ia banyak bicara,
tanda orang pemikiran tinggi slalunya
tentang peristiwa ia banyak bercerita
itu termasuk berpemikiran sederhana
tentang orang lain ia banyak mengata,
itu tanda berpemikiran rendah orangnya
yang suka memuji diri sendiri pula,
itulah orang berpemikiran paling bawah selayaknya.

Aku nak jadi diam ubi diam berisi
bukan bising sebutir kelikir dalam tin roti
bukan seperti ayam yg riuh sekampung, bertelur cuma sebiji
cakap banyak sampai tak ketahuan isi.

Bah kan bidalan ada cerita
kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan binasa
tak ingin aku mengumpat mengata
pahala tak ada, buat tambah dosa
kawan2 tolong lah support aku sama.

bermacam nasihat, mak abah berbuih bicara
terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya
tak payah lah kita mengumpat sini mengata sana
tapi tak sedar yang iman kita tak setara mana
dengarlah Imam al Ghazali punya mutiara kata
'diam itu tanda bijaksana'.

Aku tak kesah kawan aku lari, takde disisi
bagi nasihat yang mungkin dah basi
aku tak nak hati aku & kawan aku mati
aku pulak yang dipertanggungjawabkan kt akhirat nnti
just kawan kt dunia tp tak saling menasihati
masa tu nnti, aku jugak yg termasuk golongan yang rugi
kerana aku sedar tak lama lagi aku nak mati
bukannya nak takbur, nak bangga diri
tapi aku nak kan hidup aku Allah redhai...

Wallaua'lam... =)

Feel free to visit www.iluvislam.com

Why so serious...?

Story 1:
One day time nk pi kelas, adalah sorang makcik guard kolej meranti tegur wan (dia baik sngt actually ngan wan). Dia tanya " adik knape tak gantung kad matrix?". Then wan ckp kt dia , simpan dalam wallet, takut hilang. Nak tau apa dia cakap? "Klu simpan dalam wallet sape nak nampak, Allah aja yang nampak"... Terkedu lah jugak jawapan dia. Then wan pun pura2 lah nak kuar kan kad matrik wan dari wallet, but lepas ja pintu pagar meranti, wan batalkan niat wan(just nk jaga hati dia ja)... huhuuu... Bukan apa, satu dah lewat dah time tu nak pi kelas. Second, ni kad matrik wan yang ke-3 sepanjang wan degree kt uitm, serik coz dah dua kali hilang... huhuuu... Moral of this story? Lu fikirlah sendiri...
Story 2:
Slalunya wan klu balik kampung naik bas kt puduraya. One day part 6 tak silap wan, after trun bas kt puduraya, menapak lah wan ke pasar seni nak naik bas rapid balik ke shah alam.. Sampai kat art gallery dpan pasar seni tu, terserampak wan dengan sorang nenek maybe dah lebih 60-an barangkali minta sedekah.. Sayu dia pandang wan... Apa wan buat? Just senyum kat dia & terus jalan... Ada juga terdetik nak sembang2 ngan dia. Tapi beg berat time tu, maklum lah baru balik dari kampung, malas nak seluk kocek & sembang2... Terus ja jalan & dah sampai bilik baru terfikir yang wan nie keras hati, tak bantu pun ringan kan beban dia...
Story 3:
One day jgk, wan kuar pi pejabat pos kt pkns nk kelim rebat roadtax motor wan... After turun dari bas seranas, terserempaklah wan dengan sorang mak cik yang tengah duduk sambil pangku anak pompuan kecil dia meminta sedekah. Ya Allah, sedih nya wan tengok mak cik tu. Wan terbayangkan kalau lah benda tu berlaku kat mak wan & tengah pangku wan masa wan kecil dulu... Sebaknya dada nie rasa... (syukurlah benda tu tak berlaku kt keluarga wan). Tapi just lalu camtu ja coz nk cepat, tak terfikir pun nak ringankan beban dia... Kerasnya hati hamba Allah nie...
Story 4:
Then another day, after join aktiviti yayasan salam kat masjid shah alam. Time balik jalan kaki kt tasik shah alam, ada sorang hamba Allah minta wan belikan makanan sambil merayu2. Skali lagi, Wan jalan ja buat2 tak tau.... Balik kt bilik bila muhasabah balik baru lah terfikir... Walaupun dia warga asing maybe Bangladesh, mgkin benar dia tk makan 2-3 hari spt yang dia cakap. Skarang kan ekonomi tengah gawat, mungkin dia baru dibuang kerja. Mgkin bukan rezeki dia skarang... Apalah aku nie keras hati sangat? Duit bukan boleh bawak ke liang kubur pun ...
Story 5:
Sekejap ok sekejap tak, peliklah kejadian manusia nie... Wan maksud kan emosi kita...Kadang emo, kadang suka, kadang gembira, kadang tertekan. Kadang org suka kita kadang tak. Kadang... Ntah lah... Apa yang wan simpulkan, lembutkanlah hati kita, jagalah hati orang lain yang nasib tak sebaik kita. Jaga lah perasaan orang2 yang kita sayang sementara kita masih disayangi dan mereka masih ada. Jangan lah kita khilaf dalam besarkan benda yang remeh temeh atau remeh temeh kan benda yang besar. Luahkanlah apa yang terbuku di dada & kongsi lah bersama dengan orang yang kita percaya... Klu tak... Macam mak cik guard kata " Allah aja yang tau"...
Moral of all story:
Bukan ada niat apa, untuk renungan wan jugak wan post crite2 nie... Buatlah baik selagi kita mampu... Ingatlah, perkara terbaik dalam hidup kita adalah ketika orang mencari kita, dan bukan saatnya kita mencari orang (petikan kitab La-Tahzan)... Dan hadis ada mengatakan: Tangan yang memberi itu adalah tangan yang lebih baik... Lembutkanlah hati kita... Jangan biarkan ia mati sebelum waktunya... Hidup kita yang singkat ini, semoga diredhai Allah... Wallahualam...
Feel free to visit www.iluvislam.com