Photobucket

Biarkan pena ini aja yang berbicara...

Hidup kita banyak peristiwa
mulalah kita ingin berbicara
perkara semalam, hari ini dan lusa
hakikat kejadian alam Allah Taala
namun tak pula kita ambil pengajaran berharga.

Saidina Ali pernah berkata
manusia ini ada 4 golongan pemikirannya
tentang ilmu ia banyak bicara,
tanda orang pemikiran tinggi slalunya
tentang peristiwa ia banyak bercerita
itu termasuk berpemikiran sederhana
tentang orang lain ia banyak mengata,
itu tanda berpemikiran rendah orangnya
yang suka memuji diri sendiri pula,
itulah orang berpemikiran paling bawah selayaknya.

Aku nak jadi diam ubi diam berisi
bukan bising sebutir kelikir dalam tin roti
bukan seperti ayam yg riuh sekampung, bertelur cuma sebiji
cakap banyak sampai tak ketahuan isi.

Bah kan bidalan ada cerita
kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan binasa
tak ingin aku mengumpat mengata
pahala tak ada, buat tambah dosa
kawan2 tolong lah support aku sama.

bermacam nasihat, mak abah berbuih bicara
terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya
tak payah lah kita mengumpat sini mengata sana
tapi tak sedar yang iman kita tak setara mana
dengarlah Imam al Ghazali punya mutiara kata
'diam itu tanda bijaksana'.

Aku tak kesah kawan aku lari, takde disisi
bagi nasihat yang mungkin dah basi
aku tak nak hati aku & kawan aku mati
aku pulak yang dipertanggungjawabkan kt akhirat nnti
just kawan kt dunia tp tak saling menasihati
masa tu nnti, aku jugak yg termasuk golongan yang rugi
kerana aku sedar tak lama lagi aku nak mati
bukannya nak takbur, nak bangga diri
tapi aku nak kan hidup aku Allah redhai...

Wallaua'lam... =)

Feel free to visit www.iluvislam.com

No comments: