Warkah buat An-Nisa'


Bismillahirrahmanirrahim..
an nisaa
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yg kukuh
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu..
an nisaa
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..
an-nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,
ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi
juga ingin memanjai..
Dan aku juga begitu..
Tetapi an-nisaa
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi jgnlah kita cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihi diri ini,
kasihilah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihi diri ini
KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yg menggila!
Kerana engkau tahu an nisa
Dia kan terjerumus ke dlm api yg membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yg gila..
Adakah benar engkau mengasihi diri ini keranaNya?
an-nisa
Diri ini mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yg hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia ..
Sedikit cuma..
Andai Dia yg engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa
mengatakan I love you.
Kerana engkau percaya..
DIA yg terbaik..
Lantaran DIA yg Maha Mengetahui,
DIA akan menentukan yg terbaik untukmu,
Dan andai diri ini yg terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hati ini..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yg terbaik buat kita
Kalau ada jodoh tak ke mana..
Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?
Maafkan diri ini,
Berbicara penuh ketegasan,
Diri ini tidak membencimu,
Tetapi diri ini membenci munkar itu,
Dan kerana diri ini takutkan api yg menjunam itu,
Diri ini berbicara yg mana mampu,
Kerana diri ini takut,
Andai diri ini tidak menegurmu,
KITA kan sama2 meredah lautan api,,,
Yg terlalu pedih, yg terlalu seksa, yg terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik
Sama2lah kita
Pagarilah iman
Agar si iman itu tidak terlepas
Cintailah DIA,
Kerana DIAlah penjaga iman kita..
Yakinlah dengan DIA..
Serahkan segalanya pada DIA..
Kerana DIA tahu yg terbaik
Sedangkan kita tidak.
ALLAHualam.
Akhirul kalam
Letakkan DIA dlm hatimu,
Engkau akan merinduiNYA
Andai harimu tiada ingatan kpdNYA
Engkau akan gelisah andai DIA
Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai
Doamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..
Kerana engkau yakin
Di sana adanya sebuah
Pertemuan di taman Syurga yg Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..
Dan Engkau akan merasakan
Erti bercinta yg sebenar Insya ALLAH!!
Feel free to visit www.iluvislam.com

5 comments:

Why So Serious? said...

wow...
mu ni hebat menulis dr cek la,
nt leh ajr tak cz cek x reti menulis karya kreatif...

RIDHUAN mean keredhaanku said...

eleh didi tu... perli ar tu...mentang2 amik penulisan teka... huhuuu...

Anonymous said...

Menyentuh perasaan.Sebagai perempuan, aku takut...

Inniakhafullah...

RIDHUAN mean keredhaanku said...

hope kita sama2 ambil iktibar... dunia kita dah tunggang terbalik sebenarnya... benda yang dilarang kita slalu buat (maksiat), yang disuruh slalu kita tak buat (sunah).. akhir zaman katakan... =)

Izzah said...

alangkah indahnya cinta berlandaskan Islam yang benar :)