Wahai Umat Quran !

Qum , Faanzir!
Bangkit dan berdirilah,susun barisan dan kekuatan.
Barisan dan kesatuan Umat.
Canangkan seruan dan ancaman.
Seruan kebenaran dan ancaman kebinasan,
jika menolak atau menentang kebebenaran.
Gemakan sentiasa Kalam Ilahi,
kumandangkan selalu suara dan seruan kebenaran.
Sampai peringatan ini ke kuping segala Insan!
Gempitakan dunia ajaran Tauhid, ajaran Cita dan Cinta.

Warabbaka fakabbir!
Besarkan Tuhanmu , diatas segala!
Tiada kebenaran yang menyamai KebesaranNya.
Tiada kekuasaan yang menyamai KekuatasaanNya.
Tiada urusan yang lebih penting dari menjalankan perintahNya.
Kecil semuanya dihadapan Allahu Akbar.
Fana, lenyap dan binasa segala dalam ke Baqaan-Nya.
Tiada ketakutan selain azab siksaNya.
Tiada harapan selain dari keRedhaanNya.
Tiada kesulitan apabila ruh telah bersambung
dengan Maha Kebesaran dan Maha Kekuasaan
Tuhan yang Maha Tunggal itu.

Watsiyabaka fathahhir!
Bersihkan dirimu, lahir dan batin.
Hanya dengan kesucian ruh jua
Amanah dan Risalah ini dapat engkau jalankan.
Risalah ini dan Amanah adalah suci.
Tidak boleh dipegang oleh tangan yang kotor,
jiwa yang berlumur dosa dan noda.
Hanya dengan kesucian ruh
engkau dapat memikul tugas dan beban berat ini.
Sucikan dirimu, lahir dan batin,
baru engkau ajak manusia menempuhi jalan kesucian.
Thahirum muthahir, suci lagi menyucikan,
itulah peribadi Mukmin sejati.
Tangan yang berlumur maksiat
tidak mungkin akan berbuat khairat
kepada dunia dan manusia.
Jiwa yang kotor dan penuh dosa
tidak mungkin akan memberi isi dan erti
kepada dunia dan manusia.

Warudza fahjur !
Jauhilah maksiat, singkirkan mungkar.
Dosa itu akan menodai diri mu,
akan menghitamkan wajah riwayatmu.
Engkau tidak akan sanggup menghadap,
jika muka mu tebal dan hitam dengan dosa dan maksiat.
Nama mu akan tercemar dihadapan Rabbi,
kalau laranganNya engkau ingkari.
Bersihkan keluarga, jiran tetangga dan masyarakat bangsa mu
dari maksiat dan mungkarat , dari dosa dan noda.
Bangsa dan Negaramu akan karam
dalam lembah kehancuran dan kebinasaan,
jikalau maksiat dan mungkar menjadi pakaiannya.
Makruf yang harus tegak dan mungkar yang harus roboh,
adalah matlamat perjuangan mu.
Al-Haq yang harus dimenangi dan batil yang harus dibinasakan,
adalah jalan dari jihadmu.

.... to be continue...


Amanat As-Syahid Al Imam Hasan Al Banna.

No comments: