Photobucket

Erti Sahabat, Kawan & Rakan...

Orang cakap 'berkawan biar seribu, bermusuh jangan pun satu'. Senang ja cakap kan... Realitinya, payah benar nak apply dalam hidup kita... Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak kita dalam pergaulan seharian. Terlanjur bicara & terguris hati dah lumrah dalam kehidupan. Hanya sebuah kemaafan yang mampu mengekalkan ukhwah tu. Tp setiap manusia ada ego nya, mahal benar kemaafan zaman sekarang nie. Jangan tengok orang lain, tanyalah diri sendiri dulu, berapa kerat kita dah maafkan orang yang kita benci... Renungan untuk Wan jugak sebenarnya...

Antara sahabat, kawan dan rakan... Ada beza ke? Kalau orang len Wan tak tau lah... Kalau Wan, sangat besar beza antara ketiga2 tu...

Rakan... Jumpa 5 minit pun dah leh jadi rakan, tak perlu nak kenal hati budi pun. Yelah, rakan-rakan.... Banyakkan... Rakan kenalan... Jumpa time join program, jumpa kat tepi jalan, kedai makan. Tp takde kualiti, pada pendapat Wan lah... Tapi tak kenal maka tak cinta. So boleh dikembangkan lagi...

Kawan... Bg Wan kawan adalah individu yang rapat disekeliling kita tapi kita tak leh nak kongsi masalah ngan diorang. Dah cuba nak berkongsi, tp memang tak leh. Contohnya kawan serumah. Yuppp... Buat asemen sesama, melawak sesama, hangout sesama, but still ada block... Apa jenis block tu, Wallahua'lam. Maybe berbeza peringkat kematangan, pengalaman, umur, fizikal, asal usul, tempat or maybe somethings chemistry. Dan pastinya bila dah tak bersama nanti sure akan lupa satu sama lain... Walhal dulu serumah... Dan
Wan dah rasa semua nie....

Sahabat... Susah benar nak cari. Ikhlas Wan cakap, boleh dikira ngan jari sahabat yang Wan ada, dari sekolah rendah sampai kat universiti. Kerja nanti Wallahua'lam. Yang sanggup berkongsi suka duka bersama kita. Pahit manis bersama kita. Merasa asam garam bersama kita. Apatah lagi kat dunia sekarang yang serba mencabar , penuh dugaan dan materialistik. Contoh yang terbaik cerita sahabat yang dapat kita ambik tauladan ialah para sahabat Rasulullah saw. Bagaimana susah payah para sahabat dizaman kebangkitan Islam membantu Rasulullah saw menegakkan agama Allah. Tanpa mengharap sebarang balasan.

Indahnya dalam persaudaraan. Ukhwah kerana Allah... =)

Sahabat = Susah senang bersama... =)

1 comment:

ida zahidah zakaria said...

btol tu abg wan..kite sgt sokong pndapat tuh..pengertian rakan,kawan n shabat sgt n amat la brbeza..dlm dunia ni rmai yg boleh n nak jd rakan kite..kwan tuh,boleh kire bnyak cket la...tp shabat,amat susah nk kite temui..sape yg dh trjumpe seorang 'sahabat' tu ida ucapkan tahniah..hargai lah shbat anda..emm..ida slalu doakan agar di temu kn oleh Allah pd seorang shabat...