Sekeras Kerikil...


Erti Sahabat...

Orang cakap 'berkawan biar seribu, bermusuh jangan pun satu. Cakap senang jaa kan... Realitinya, payah benar nak apply dalam hidup kita... Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak kita dalam pergaulan seharian. Terlanjur bicara & terguris hati dah lumrah dalam kehidupan. Hanya sebuah kemaafan yang mampu mengekalkan ukhwah tu. Tp setiap manusia ada ego nya, mahal benar kemaafan zaman sekarang nie. Jangan tengok orang lain, tengoklah diri sendiri dulu, berapa kerat kita dah maafkan orang yang kita benci...

Dengan akidah yang sama dan solat menghadap kiblat yang sama, sesungguhnya orang2 Islam itu adalah bersaudara...

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim.

Sekeras kerikil di tepi jalan...
kalau tak di sepak orang yg lalu lalang...
takdir Tuhan bersama perubahan alam...
akan hancur di telan masa...
tanah jua ia kembali...

Renungan untuk wan jugak actually...

Feel free to visit iluvislam.com =)

No comments: