Tengah malam itu
aku bingkas bangun
menyucikan diri
selepas lena ku di kejut
mimpi sakratul maut
menghampiri ku dengan salam
lalu sesusuk angin sejuk
menusuk ke kotak dada
menyelinap menepui jantung...
Dalam gelap dingin itu
ku tadah mimpi di embun malam
ku basuh kengerian itu
dengan wuduk dan tafakur
aku bertaubat kepada Mu
dalam tahajud
ku sujud ke hadrat Mu
dengan air mata
hidup dan mati ku hanya untuk Mu
ya Allah, terimalah penyerahan ini...
source : unknown author
Feel free to visit www.iluvislam.com
2 comments:
wan mu mimpi btol2 ke?
risau la plk,
mu ok ke?
Wan mimpi btol2 ke?
mu ok tak?
risau la pulak....
Post a Comment