Photobucket

Me & Volunteerisme


Aku suka jadi sukarelawan...
Bukan sebab nama aku wan...
Tapi sebab aku leh jumpa banyak kawan...
Sambil tolong orang ringan kan beban,
aku jugak leh cari hati untuk aku tawan...
opsss... just gurau untuk ringankan hati yang rawan...

Nie pulak time join volunteer sukan MASUM... Cek jaga sukan kayak... Tiap2 ari ulang alik pi putrajaya... Best kawan ngan diorang nie...Sporting... Cek cuti sem part 2 time tu...


Nie masa angkat sumpah Program Perhimpunan Sukarelawan Sekretariat Rakan Muda UiTM Malaysia... Akan cek pegang janji cek tuk jd sukarelawan sejati.... Ye ke? heheee...

KL'06 FESPIC Games.... Sukan untuk orang cacat seluruh rantau Asia Pacific... Cek jaga lawan pedang... Best... Leh tido kt hotel, dapat baju free, sijil lawa, kenal ngan budak2 universiti len...

Nie ngan atlit negara, nama apa ntah kakak nie dh lupa... Len2 yang menyibuk tu adik2 dari skolah sukan bandar penawar, johor... huhuuu...

Aku masih kanak2... heheee... Nie time cek jd volunteer untuk muzium negara time Smart Kids' 07 kt PWTC... Cek jd PR kt pameran tu... Jenuh cek time tu nk menjawab ngan budak2 bandar yang terer speaking... huhuuu...

Nie cek kt Rumah Nur Salam, Chow Kit... Cek ngan volunteer2 tetap kt umah nie... Sem lepas rajin gak cek pi umah tu, main2 ngan adik2 t ctu, serve diorang makan, ajar diorang tuisyen, join xtvt yg volunteer len buat kt ctu... Kcian adik2 kt ctu, nasib diorang tak bertuah cam kita... huhuuu...


Johor Flood Mission 2006... Cek join ngan kawan2 dari fac information systems, puncak perdana ngan health science, alamanda. Mission kami, cuci lumpur kt skolah agama kota tinggi & stesen bas kota tinggi... Stay 3 ari 2 malam kt kolej 16, utm skudai... Miss all of u... huhuuu...


Sambil cuci stesen bas sambil posing... boleh lahh... huhuuuu....


Bersyukurnya aku, fizikal aku sempurna & aku lg hensem... heheee... Nie ngan atlit dari china time FESPIC games...


Arghhh.. Darah aku... Aku dah dermakan... baiknya aku... huhuuu... perasan tak aku... Tengok, ada awek dh tertawan kt cek... So... Jadilah sukarelawan... huhuuu... ( Ira, sori... just iklan. huhuuu... )


Nie kat Smart Kids Exhibition, PWTC lg... lpas bersukarela, kita posing lah... heheee... kan anne? huhuuu....

Nie sebelum kna cuci skolah kt kota tinggi, Johor Flood Mission Volunteers... Posing dulu sebelum baju kotor & muka comot... huhuuu....


Nie muka2 letih after duty kt tasik putrajaya.... Tapi hati ikhlas tau... huhuuu...Volunteers MASUM games 06...



Kt Smart Kids Exhibition lg... Comel cam cek lah adik2 dua org nie... huhuuu....


Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional peringkat Bkt Bintang, KL.... Ni bkn kt KL tau, ni 5 hari kt IKBN temerloh & 5 hari kt kampung kuala medang, raub, pahang... best giler.... huhuuu....

Banyak lg actually program volunteer yg cek join, cek tak larat nak upload photo... Nnti cek rasa rajin cek upload utk bg korang jeles.... heheeee...

Feel free to visit iluvislam.com =)

Ingatan untuk aku...

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua:
membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga:
jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima:
jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam:
jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:
amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Source: iluvislam.com

Tarik nafas... Lepas...

APA ITU stres?

Menurut Dr. Hans Selye, pengasas teori stres, stres merupakan satu gejala tindak balas yang tidak spesifik oleh individu terhadap beban yang datang dalam bentuk keresahan yang disebabkan cabaran, ancaman atau perubahan yang memerlukan respon.Bertentangan dengan persepsi ramai orang, stres boleh dibahagi kepada stres yang baik atau positif yang dikenali sebagai eustress dan yang buruk atau negatif distress.Pegawai perubatan di sebuah institusi kesihatan di ibu negara, Dr. S. Mogan berkata, stres yang positif boleh membuatkan seseorang lebih berhati-hati, fokus dan kreatif dalam kehidupan harian.Menurut sejarah, Alexander Graham Bell mencipta telefon, alat yang mencetus revolusi dalam bidang perhubungan, ketika ingin membantu tunang beliau yang telah hilang pendengaran.

Sukar untuk didefinisi

Kata Dr. Mogan, memang sukar untuk memberi definisi mengenai stres kerana ia suatu aspek yang subjektif.“Kalau anda tanya 10 orang tentang apa yang sebabkan mereka rasa stres, maka anda akan mendapat 10 jawapan yang berlainan.“Sebabnya tiada definisi tentang stres yang dipersetujui semua, apa yang stres bagi seseorang mungkin perkara yang menyeronokkan atau tiada apa-apa bagi orang lain.“Contohnya, penunggang motosikal akan berasa gembira bila dapat memecut kenderaan mereka manakala ini perkara yang menakutkan bagi orang lain. Menang dalam perlumbaan mungkin lebih stres daripada kalah tapi ini merupakan stres yang baik”, kata kepada Bernama.
Menurut pendidik Fatimah Mansur, stres melonjakkan produktiviti seperti bila pelajar menghadapi peperiksaan.“Pelajar berusaha dengan lebih keras bila peperiksaan telah hampir manakala pekerja di pejabat bekerja dengan lebih cepat bila waktu pulang sudah dekat", kata beliau.Fatimah berkata, orang ramai perlu mendapat stres yang sesuai untuk produktif dalam kehidupan seharian.“Anda boleh guna dan gembleng stres untuk menjadi lebih produktif,” kata Fatimah lagi.

Menurut risalah yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, antara punca stres ialah beban kewangan, masalah rumah tangga, menunggu terlalu lama, mangsa buli, beban kerja yang tinggi, suasana persekitaran yang tidak sihat, rasa rendah diri, kesesakan jalan raya, serta tragedi.
Seseorang yang mengalami stres akan menunjukkan kegelisahan, risau keterlaluan dan gangguan emosi, insomnia (tidak dapat tidur), kurang fokus dan tumpuan kerja serta resah dan cepat marah.

Mereka digalakkan mengambil 10 langkah ‘B’ iaitu bertenang, bernafas dengan dalam, berkata ‘relakslah’, beribadat, bercakap dengan seseorang, berurut, berehat dan mendengar muzik, beriadah, bersenam dan berfikiran positif.
Source: Utusan Malaysia online 12 Feb 2009

The memoir of Tok Siah Pot Pet...

Who & where she is?

She now go on so far & very2 far from me... But she still very close in my heart.. She is... Che Siah Bt Yaakob, my grandmother... Perginya mengajar aku erti menghargai orang tersayang yang aku masih ada di muka bumi fana ini... Perginya insan ini mengajar aku agar tunjukkan kasih sayang aku pada orang yang aku sayang didunia fana ini... Perginya insan ini mengajar aku yang hidup ini hanya sementara & tak perlu gentar lagi dengan gelora dunia... Perginya insan ini mengajar aku yang aku jua akan mati satu ketika nanti... Perginya insan ini mengajar aku yang tak perlu takutkan kematian, tapi hanya perlu usahakan bekal untuk mati... WAllahua'lam... Allah Yang Maha Mengetahui, but itulah aku belajar dari kehilangan insan ini... Benarlah, setiap kehilangan pasti ada hikmahnya...

Al- kisah... Masa tu cuti semester part 5. Cam biasa bila cuti, aku akan balik kampung lambat sket. Aku bosan klu kt kampung lama2. Aku join program Wawasan Desa IPT Rakan Muda (program anak angkat) utk kawasan Ampang time tu. Second day program, dlm kul 8 malam camtu tengah nak siap2 ke aktiviti program, adik msg yang tok (panggilan utk nenek bg sebelah utara) dah takde... Time tu, aku rasa dunia nie gelap sangat... After menangis sepuas hati, then terus mtk ayah angkat hantar ke pudu... Sepanjang-pnjang jalan, menangis dan teresak... Aku dah tak peduli apa orang nak kata... Pukul 10 naik bas kt pudu, kul 4 pagi sampai kulim...

Aku rasa ralat ter amat2 sangat... Actually seminggu sebelum program tu dia ada call, dia tnya bila nak blik kampung, then aku cakap minggu depan coz nak join program minggu nie. Sblm nie dia tak pernah pun call aku tanya bila nak balik kampung, just aku yang call untuk tanya khabar dia. Adalah sikit rasa heran, but aku just ignore je lah rasa heran tu... Dia mmg dah sakit2 pun time tu, tp aku ingat dia just sakit cam biasa, lelah & sakit sendi... Biasalah, dah umur 80 lebih pun... Tak tau pulak yang dia suruh balik tu coz dia dah tau yang umur dia makin singkat, cuma aku yang mentah nie tak dapat tangkap maksud tersirat dia... Rasa ralat tu sampai ke hari ni masih tak dapat aku buang... Cuma aku mampu sedekahkan Fatihah utk dia utk hilangkan rasa ralat & rindukan dia... Sungguh aku rasa ralat & aku rindukan dia sampai skarang...

Banyak sungguh kenangan aku ngan dia... Aku rasa boleh kot aku dikategori kan sebagai cucu kesayangan... Bukan sebab aku rajin tolong dia, tapi rajin pinjamkan telinga aku utk dengar apa yang dia luahkan & dia cakap.. Mmg dah sifat aku suka mndengar dari bercakap... Adik2 aku slalunya akan bg alasan utk lari klu dia dh mula bg ceramah... Coz tu lah cucu2 dia bg nickname 'tok siah pot pet'... Tapi aku ingat lg apa yang dia cakap kt aku... " Aku berleter bukan sebab aku marah, tapi aku sayangkan cucu2 aku, aku dah 'lama' kt dunia ni, aku berleter nak bagi cucu2 aku baik'... Dulu aku tak faham, sekarang baru aku faham maksud tu. Sungguh, mentahnya aku utk tafsirkan semua kata2 dia masa dia masih ada... Sekarang baru aku mengerti dan aku belajar...

Aku ingat lagi, setiap kali bertandang ke umah dia, susah payah dia buatkan air & hidang kan apa2 makanan yang dia ada... Aku jamah lah sikit utk jaga hati dia, but kadang2 tu tak pun... Bukan apa, kadang tu air ada semut, makanan tak sedap, lemau... Cuma aku yang tak memahami fitrah yang dia dah tua ketika tu (kurang deria rasa & penglihatan seiring ngan usia tua dia)... Sungguh... Berderai airmata aku saat menulis karangan nie... Ya Allah... Bersalahnya aku... Kalaulah masa dapat di putar balik....

Sukanya aku bila adik2 aku cemburu & mengadu ngan mak aku bila aku ja yg tak kene leter ngn dia coz panjat pokok manggis & rambutan depan umah dia. "Ohh... abang panjat takpa, kami panjat tak lehhhh", rungut adik2 aku... Malam2 mengaji Quran ngan dia... Then teman dia tido kt umah dia... Petang2 sekurang2 nya skali dalam bulan puasa, mula lah aku ngan dia plan & merayau keliling kampung cari ulam2 untuk nasi ulam kerabu & sayur keladi (sungguh aku belum lg merasa nasi ulam kerabu sejak dia dah xde kt dunia nie)...

Ingat lagi time dia blajar kat pondok (pondok utk org tua2 pompuan mengaji agama), waktu cuti skolah kt pondok tu lah aku habis kan cuti (aku dalam darjah 1 camtu, awal thn 90-an).. Ikut dia pi kedai runcit kutip tempurung kelapa utk jadikan kayu api ( time tu dia tak reti guna dapur gas lg), pi pasar malam, cedokkan air dari telaga utk masak & mandi, berkenalan ngan jiran2 yang sebaya ngan dia, ikut dia pi solat jemaah kt surau yang imam & semua jemaah surau tu pompuan... Apa aku kesah, aku budak kecik lg time tu... Sungguh, kalau lah boleh aku putar balik masa, ingin skali lagi aku ingin ke waktu tu...

But skarang, perginya dia ajar aku lebih tabah... Ajar aku yang kita hidup di dunia sementara... Yang kita menumpang di bumi Allah... Yang ajar aku tak lagi takutkan mati... Ajar aku agar sediakan lebih banyak bekal untuk ke alam lain yang lebih kekal... Pergi lah dia, dengan tenang., aku redha.. Semoga dia di tempatkan bersama orang2 mukmin yang dilimpahi rahmat Allah SWT... Entah esok, entah lusa... Aku pulak yang akan ikut jejak dia... Insya Allah bertemu kita di Jannah Allah kelak...

Aku tak maksudkan apa dengan tulisan nie, aku luahkan untuk pengajaran aku skarang & agar hati aku tenang setelah terlalu lama aku simpan (sejak 2007)... Syukur, entah izzah apa yang aku dapat malam nie, walau berhambur airmata aku mengarang tulisan nie... AlhamdulilLah... Hanya redha Allah aku harapkan bersama aku....

4.52 am, 9 Februari 2009
A306, Kolej Meranti