Photobucket

Wamakaru Wamakarallah


wamakaru wamakarallah
gementar apa pada bijaknya akal manusia
selagi nur lillahi ta'ala masih terpancar
selagi masih ada keyakinan
tiada tuhan melainkan Allah
Nabi Muhammad pesuruh Allah.

wamakaru wamakarallah
digundah gulanakan apa
pada egoisme mengusung degree
oleh manusia yang rosak budinya
yang tamak pengaruh, gila kuasa
kerana kesudahannya ke kubur jua
kesejahteraan di alam barzakh
ditimbang sukat dari sikap serba merendah
sebagai penghuni di bumi Allah.

wamakaru wamakarallah
binalah sejuta jambatan egoistik
dari bumi ke langit ke tujuh
untuk mengusung profesional dan degree
namun kebijaksanaan hakiki jilahnya mutlak,
bagi hamba Nya yang tulus kudus:
diucapkan ahlam wasahlam birobbikum
untuk tidur beradu dihamparan sejahtera alam barzakh
manakala yang hidupnya penuh dengan dengki khianat
sombong bongkak
akan tersiksa untuk selamanya.

wamakaru wamakarallah
bijak manusia merancang bijak lagi perancangan Allah
justeru ada yang ingin direbah masih berdiri gagah
tetapi yang ingin merebah hamba Allah tulus pasrah pula
yang tersungkur menyembah bumi, InnalilLah...


No comments: