Aku yang lelah mencari...
mencari erti cinta
namun yang aku temui
hanyalah jauh dariNYA
Cukuplah...
dengan kealpaan semalam
tidak kan ku ulangi
dosa-dosa semalam
hanya taubat padaNYA
Ya ALLAH...
kurniakanlah aku
rasa cinta dan kasih ini
hanya pada MU...
Fuhh... penatnya aku keje arini...
Handsof 8-year-old Munna while working in a rickshaw parts making factory.He works 10 hours a day and gets 8 USD for a month. Dhaka 2007
A young girl working in a brick crushing factory in Dhaka....
Adoiii... sakittt....
Sedar ataupun tidak, kita sebenarnya selalu sakit. Sakit dek emosi kita, jiwa kita, perasaan kita. Apabila kita sering sakit-sakit badan, kita akan terus pergi berjumpa doktor ataupun pakar yang boleh merubati sakit kita itu. Mungkin sakit gigi, demam, sakit urat ataupun sebagainya. Kerana sakit kita itu, kita nampak, kita sedar tentang sakit kita. Lantas kita pergi berubat. Mencari ubat yang sepatutnya untuk sakit kita itu.
Namun, jarang sekali apabila kita sakit emosi, sakit perasaan ataupun sakit hati, kita terus ingin berubat ataupun kita ingin mencari penawar sakit kita itu. Jarang. Kebanyakkannya akan memendam terlebih dahulu. Memeram biar jadi panas, lantas membakar diri sendiri.
Jadi, hendaklah kita cepat bertindak untuk mengubati hati kita yang resah, hati kita yang mati, hati kita yang tidak tenteram untuk terus segar dan bersemangat dalam menghadapi pelbagai masalah dan ujian.
Sebelum kita mencari ubat dan penawar hati kita yang sakit itu, hendaklah kita mengetahui dahulu kenapa hati kita itu sakit.

Antara masalah membuatkan hati kita sakit:
1) terlalu banyak kerja – assignment, homework, kerja rumah, kerja pejabat
2) suka berdengki dengan orang – dengki dengan sahabat, dengki dengan jiran, dengki dengan keluarga
3) suka mencari masalah orang
4) banyak bercakap, jadi banyak terguris hati orang
5) suka berfikiran negative
6) banyak angan-angan
7) sangat malas
8) orang yang sensitif
Dalam sebuah kisah, Ibrahim b. Adham sedang berjalan-jalan di negeri Bashrah. Penduduk Bashrah melihatnya segera datang, dan bertanya, "Ya Ibrahim, mengapa doa kami tidak dimakbulkan, padahal Allah telah berfirman, 'Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa aku dekat. Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepadaKu...'2:186." Lantas Ibrahim menjawab, "Wahai penduduk Bashrah, hal itu adalah kerana HATI kalian TELAH MATI dengan 10 perkara. Jika begitu, bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kalian?" "Ya Ibrahim, apakah 10 perkara itu?" Tanya penduduk Bashrah....
1) Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA.
2) Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya.
3) Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya.
4) Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya.
5) Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
6) Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya.
7) Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
8) Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri.
9) Kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya.
10) Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya.
Mengikut Ibnul Qayyim rahimahullah pula, beliau menyebutkan ada lima perkara yang menyebabkan rosaknya hati, antaranya,
Pergaulan adalah perlu, tapi tidak asal bergaul dan banyak teman. Pergaulan yang salah akan menimbulkan masalah. Teman-teman yang buruk lambat laun akan menghitamkan hati, melemahkan dan menghilangkan rasa nurani, akan membuat yang bersangkutan larut dalam memenuhi berbagai keinginan mereka yang negatif.
Dalam tatapan realiti, kita sering menyaksikan orang yang hancur hidup dan kehidupannya gara-gara pergaulan. Biasanya output semacam ini, kerana motivasi bergaulnya untuk dunia. Dan memang, kehancuran manusia lebih banyak disebabkan oleh sesama manusia.
Kerana itu, kelak di akhirat, banyak yang menyesal kerana salah pergaulannya. Allah berfirman:
(Al-Furqan: 27-29)
Kerana itu, dalam bergaul, berteman dan berkumpul hendaknya ukuran yang dipakai adalah kebaikan. Lebih tinggi lagi tingkatannya jika motivasi pertemanan itu untuk mendapatkan kecintaan dan redha Allah.
2. Larut dalam angan-angan kosong
Angan-angan kosong adalah lautan tak bertepi. Ombak angan-angan terus mengombang-ambingkannya, khayalan-khayalan dusta sentiasa mempermainkannya. Laksana anjing yang sedang mempermainkan bangkai.
Angan-angan kosong adalah kebiasaan orang yang berjiwa kerdil dan rendah. Masing-masing sesuai dengan yang diangankannya. Ada yang mengangankan menjadi raja atau ratu, ada yang ingin keliling dunia, ada yang ingin mendapatkan harta kekayaan melimpah, atau isteri yang cantik jelita.
Tapi itu hanya angan-angan belaka. Adapun orang yang memiliki cita-cita tinggi dan mulia, maka cita-citanya adalah seputar ilmu, iman dan amal salih yang mendekatkan dirinya kepada Allah. Dan ini adalah cita-cita terpuji. Adapun angan-angan kosong ia adalah tipu daya belaka. Nabi memuji orang yang bercita-cita terhadap kebaikan.
3. Bergantung kepada selain Allah
Ini adalah faktor terbesar perosak hati. Tidak ada sesuatu yang lebih berbahaya dari bertawakkal dan bergantung kepada selain Allah.
Jika seseorang bertawakkal kepada selain Allah maka Allah akan menyerahkan urusan orang tersebut kepada sesuatu yang ia bergantung kepadanya. Allah akan menghinakannya dan menjadikan perbuatannya sia-sia. Ia tidak akan mendapatkan sesuatu pun dari Allah, juga tidak dari makhluk yang ia bergantung kepadanya. Allah berfirman, ertinya:
Lebih dari itu, secara umum, asal dan pangkal syirik adalah dibangun di atas ketergantungan kepada selain Allah. Orang yang melakukannya adalah orang hina dan nista. Allah berfirman, ertinya:
4. Makanan
Makanan perosak ada dua macam. Pertama , merosak kerana zatnya, dan ia terbagi menjadi dua macam. Yang diharamkan kerana hak Allah, seperti bangkai, darah, anjing, binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku tajam. Kedua, yang diharamkan kerana hak hamba, seperti barang curian, rampasan dan sesuatu yang diambil tanpa kerelaan pemiliknya, baik kerana paksaan, malu atau takut terhina.
Kedua , merosak kerana melampaui ukurannya. Seperti berlebihan dalam hal yang halal, kekenyangan kelewati batasnya. Sebab yang demikian itu membuatnya malas mengerjakan ketaatan, sibuk terus-menerus dengan urusan perut untuk memenuhi hawa nafsunya.
Jika telah kekenyangan, maka ia merasa berat dan keranannya ia mudah mengikuti komando syaitan. Syaitan masuk ke dalam diri manusia melalui aliran darah. Puasa mempersempit aliran darah dan menyumbat jalan bagi syaitan. Sedangkan kekenyangan memperluas aliran darah dan membuat syaitan mudah tinggal berlama-lama.
Barangsiapa banyak makan dan minum, niscaya akan banyak tidur dan banyak merugi. Dalam sebuah hadits masyhur disebutkan:
(HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albani).
5. Kebanyakan tidur
Segera tidur pada malam hari lebih baik dari tidur ketika sudah larut malam. Tidur pada tengah hari (tidur siang) lebih baik daripada tidur di pagi atau petang hari. Bahkan tidur pada petang dan pagi hari lebih banyak madharatnya daripada manfaatnya.
Di antara tidur yang dibenci adalah tidur antara solat Subuh dengan terbitnya matahari
. Sebab ia adalah waktu yang sangat strategik. Kerana itu, meskipun para ahli ibadah telah melewatkan sepanjang malamnya untuk ibadah, mereka tidak mahu tidur pada waktu tersebut hingga matahari terbit. Sebab waktu itu adalah awal dan pintu siang, saat diturunkan dan dibagi-bagikannya rezeki, saat diberikannya barakah.
Maka masa itu adalah masa yang strategik dan sangat menentukan masa-masa setelahnya. Kerananya, tidur pada waktu itu hendaknya kerana benar-benar sangat terpaksa. Secara umum, saat tidur yang paling tepat dan bermanfaat adalah pada pertengahan pertama dari malam, serta pada seperenam bahagian akhir malam, atau sekitar delapan jam. Dan itulah tidur yang baik menurut pada doktor.
Jika lebih atau kurang daripadanya maka akan berpengaruh pada kebiasaan baiknya. Termasuk tidur yang tidak bermanfaat adalah tidur pada awal malam hari, setelah tenggelamnya matahari. Dan ia termasuk tidur yang dibenci Rasulullah SAW.
(Artikel lima perkara yang menyebabkan rosaknya hati dipetik dari Mufsidaatul Qalbi Al-Khamsah, min kalami Ibni Qayyim Al-Jauziyyah/Abu Okasha Ainul Haris)
source : www.iluvislam.com
Alamak... dia datang lagi...
Time kecik2 dulu laa....
Rintihan Anak Lelaki Sulung...
Yaaa... Tahu...
abang ada tanggungjawab yang sangat besar...
abang kna ganti tmpat abah satu ari nanti...
abang kne jaga adik2 elok2...
abang kne jadi role model untuk adik2...
abang kne nie... dan ... kne tuu...
semua yang elok2...
perfect...
Tapi...
abang tetap seperti anak2 mak abah yang lain...
abang kecik lagi...
bukannya sempurna...
abang juga ada keinginan tersendiri...
kebebasan seperti angah, alang, atih, acik...
dimanja seperti adik ucu...
macam budak2 len...
Kenapa?
slalu jaa abang dulu yang kne marah...
tanpa usul priksa plak tu kadang2...
walhal angah yang buat hal...
alang yang sepahkan makanan...
atih yang tak nak pi ngaji Quran...
acik yang cari pasal dlu...
ucu yang selerak kan rumah...
apa yang buruk asyik abang jaaa kne...
tak tau... punya lah abang tertekan...
org len buat salah, abg yang kne...
Semua tak kena...
tak reti nak men elok2 ngan adik lah...
tak nak tolong adik buat keja lah...
tak leh adik gurau sikit lah...
tak reti jaga adik lah...
malas nak ajar adik buat keja skolah lah...
semua tak kena...
Kadang...
abang rasa dunia nie tak adil...
mak abah tak sayangkan abang lagi...
tiap2 malam abang pikir apa salah abang...
kadang meleleh air mata abang...
tapi mak abah tak tau...
asyik nak marah2 abang jaaa...
caaa cakap elok2...
bukannya abg tak leh dengar...
klu abang ada mood abang buat lah...
abang bukannya pemalas sangat pun...
mak abah yang asyik suruh
abang buat benda yang abang tak suka...
itu lah pasal...
huhuuu....
# Heheee... itu dlu2... skarang tak mrungut lagi... puas cek pikir... apsal lah cek aja yang kne... skarang dah besa panjang, bru cek sedar... I'm role model 4 my sisters and brothers... harapan mak abah... sapa lg nak sempurnakan... =)
Sad Story...
Oohhh money...
Why u shy-shy from me huhhh?
Huwaaa... Kisah sedih cek berulang lagi... Salah diri sendiri, tak serik2 nak plan budjet duit poket sendiri.... Akibat yang terpaksa cek tanggung?... Kena ikat perut 2 ari... huhuuu.... Naseb bek stok meggi banyak banyak dalam simpanan... heheee... Klu tak, kebulur lah cek... huhuuu... Bukan tak pernah berlaku sebelum nie, bukan tak amik iktibar, just excited beli barang tak perlu sampai hilang budget control... huhuuu... Tu lah, contoh pengguna tak berhemah... Ini lah jadinya...
Oopsss... Skarang dah under control cek punya budjet ok... Cek crite kat cni just utk iktibar kawan2 kt blog nie... Jimat cermat, sediakan payung sebelum hujan... heheeee... Sekian cek punya kisah sedih untuk dijadikan iktibar.... huhuuu....
JazakAllahikasirun:
- to didi yang sudi melonggokkan koleksi meggi pelbagai jenis dalam loker cek... heheee...
- to abah cek yang sudi top up cek punya budjet...
Wanna succes?
Read this carefully...
ALLAH selesai menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu antara timur dan barat. Ada pendapat menyatakan 124,000 sayap. Selepas itu Jibril a.s memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku?” Lalu Allah berfirman yang ber maksud: “Tidak.”
Kemudian Jibril a.s berdiri dan bersolat dua rakaat kerana syukur kepada Allah dan setiap rekaat itu tempohnya 20,000 tahun.
Selepas Jibril a.s solat, Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai Jibril, kamu sudah menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan jika tidak ada seorangpun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan ada seorang nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rekaat yang hanya sebentar saja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguh nya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.”
Kemudian Jibril a.s berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?” Lalu Allah berfirman yang bermaksud: “Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal.”
Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara, iaitu:
# Abah cek penah tanya cek nape dalam azan org laung 'Haiyaalassolah' dulu sebelum 'Haiya alalfalah' ? Then dia yang jawab sendiri, sebab kita kna solat dulu baru leh berjaya...
Maksud dia berjaya dunia dan akhirat... =)
source : www.hmetro.com.my 22 Mei 2009
Practical time...
ulat BESAR merayap-rayap... heheee...
yelah... stadi kt kelas psal pump... practical pun psal pump... mau nya otak nie pressure cam pump jgk... huhuuu...
oleh itu...
sambil site visit... kita ~~~ ULAT~~~ lahhh.... hehe..
hidup jgn nk berkira sngt btul tak??? heheee...
Crab Island Expedition...
Citer nya dah lama... Tapi malas nak upload photo jaa kt blog nie... Kadang tenet lembab... So dikesempatan yang ada, ku gagahkan jua meng'upload' photo2 time jalan2 makan angin ngan didi & zulaidi kat pulau ketam, port klang... Simpan kt laptop pun bkn ada org nk tengok btul tak? Heheee... So, slamat mencuci mata...
Warmest welcome...
Selepas di ijabkabulkan pada 19hb April lepas, adik laki cek yang ke-2 slamat mndirikan masjid ngan orang bagan serai, perak.. Tersangat lah letih sampai demam2 kami sekeluarga buat knduri sambut menantu ke-2 keluarga coz nie 1st kenduri kawen yang buat kt umah. Namun terhibur hati kami sekeluarga dek ramai saudara mara dan taulan keluarga yang datang menolong dan memeriahkan majlis. JazakAllahikasirun...
* dah kawen pun adik cek yang slalu gaduh ngan cek time kecik2 dulu nie... huhuuu... bila lah plak turn cek nie?... huaaa... ^-^
First day practical...
As an Office Boy and goyang- goyang kaki
Syok btul dapat practical kat Facilities Management Systems, Unit Fasiliti nie...
- dapat meja opis..
- ada pc leh men tenet...
- keje tak banyak...
- pagi mula2 just pasang telinga dengar taklimat...
Waaaaa... macam best jaaa keje kat cni... adakah ini yang dikatakan keja kerajaan? very comfort zone.. ulat besar... merayap... masuk lewat... minum2... tak macam cek keja kilang dulu... first day dah kene pressure... huhuuu... nseb bek cek practical kat cni tak dapat elaun... klu tak orang kata makan gaji buta plak... eh, elaun buta... huhuuu... BUT... bukan ini yang aku nak sebenarnya... ILMU... nnti akan ku korek satu unit nie ilmu yang diorang ada... huhuuu.... Wish me best of luck for my practical training ok... heheee... =)
Dah besar pun...
i love my mom ^-^
Happy Mother's Day

