
Beep... Beep... Beep.. Action Kamen...

Lupakah kita sebab musabab mengapa Allah Subhanahu wa Ta’aala mengajar agar dalam pergaulan ini biar ada batasan? Ayuh kita pulang sejenak kepada firman-Nya:
“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari mereka maka mintalah kepada mereka dari sebalik hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]
Kalimah mataa’an itu mencakupi urusan-urusan persatuan, pembelajaran, mesyuarat, hal ehwal pejabat dan segala muamalat seharian kita. Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kepada lelaki dan perempuan, tatkala berurusan dengan hal ehwal seperti ini, laksanakanlah ia dengan perantaraan HIJAB.
Hijab itu tafsirannya luas.
Sama ada hijab itu merujuk kepada pengertian asalnya yang bererti tabir penutup, atau kepada konsep yang lebih luas mengenainya, hijab itu membawa pengertian batas-batas yang menghadkan pergaulan kita. Hijab yang membataskan tingkah laku, hijab yang membataskan pandangan dan pengamatan, hijab yang membataskan pendengaran, bahawa di antara lelaki dan perempuan itu, kehendak-kehendak Allah menjadi pagar antara keduanya.
Apakah tujuannya semua itu?
Inilah yang gagal difahami oleh kaum yang bijak pandai ini. Mereka berdolak dalih tentang alasan-alasan sosial serta maslahah awam, serta tidak segan silu mencari pula hujah-hujah yang berkonotasi agama untuk menolak keperluan batas-batas ini.
“Nko tak baca ke apa yang dia hantar dalam sms ini? Dia hantar hadith, ko tahu tak? Bukannya lirik lagu Anuar Zain!” tegas seorang ‘ukhti’.
Beliau sedang ‘mencanak naik iman’ selepas menerima sms pada jam 5 pagi tentang fadhilat Qiyamullail dari jejaka seperjuangannya. Namun akhirnya segala itu hanyalah sebuah kedunguan. Berlakon bijak bermain-main dengan Tuhan.
Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kita menjaga batas ini, adalah untuk mengawal sesuatu yang manusia lemah terhadapnya.
Iaitulah soal HATI!
“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”
Ya, siapakah yang lebih kenal akan soal hati selain Dia?
Dia yang menggelarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yang berbolak balik terlentang terlangkup dengan begitu mudah di sepanjang perjalanan hidup ini. Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda, kita terlupa bahawa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI, yang tidak mampu ditanggung logik. Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekali pun, tidaklah kuat untuk mengawal hati. Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU.
Mulut kalian tidak menyebut.
Tetapi Allah mendengar debar rasa di sebalik pergaulan itu.
Tubuh kamu tidak menampakkan calar.
Tetapi Allah melihat kesan-kesan luka panahan Iblis yang menembus daging dan tulang temulang jati dirimu.
Jika soal halal dan haram itu terlalu banyak liku-likunya, pertimbangkanlah soal kesucian hatimu.
Wahai anak-anak muda yang kemaruk cinta, sama ada cinta itu versi YOU and I atau versi ANA wa ANTI, bertaqwalah kalian kepada Allah. Jangan nanti disumpah Allah cinta itu menjadi cinta alpa, kaum yang dihina Allah kerana terlalu bijak cuba melicik Dia.
Kamu BIJAK SINI, tetapi Allah itu BIJAK SANA. Maha Bijaksana!
Tersungkurlah kamu penuh kehinaan di lembah teori evolusi cinta.
Source : iluvislam.com
DALAM menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup.
Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai' - hadis riwayat Muslim.
Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 'Tugas Aku (Nuh) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah kamu, sedang aku mengetahui melalui wahyu dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahui' - surah al-A'raf:62.
Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam. Allah s.w.t mengingati dengan firmannya yang bermaksud: 'Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dusta' - surah al-Hujurat :12. Talhah bin Abdul Rahman bin Auf, seorang dermawan Quraisy ditegur oleh isterinya yang berkata: "Saya belum pernah jumpa teman-teman seburuk teman-temanmu.
"Kalau kita senang, semua datang menemui, sekarang bila kita susah, tiada pun mereka datang menemui kita." Jawab suaminya: "Sifat inilah yang patut dipuji, sebab mereka tidak menyusahkan kita."
Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat. Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif.
Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat. Namun sifat yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri sebagai orang positif dalam menerima nasihat. Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Apa yang penting dalam amalan nasihat menasihati ialah semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus terjalin.
Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: 'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' - surah al-Imran:103.
Source : Kosmo online 5 Mac 2009
Yang patah kan tumbuh...
Nie pulak time join volunteer sukan MASUM... Cek jaga sukan kayak... Tiap2 ari ulang alik pi putrajaya... Best kawan ngan diorang nie...Sporting... Cek cuti sem part 2 time tu...
Nie masa angkat sumpah Program Perhimpunan Sukarelawan Sekretariat Rakan Muda UiTM Malaysia... Akan cek pegang janji cek tuk jd sukarelawan sejati.... Ye ke? heheee...
KL'06 FESPIC Games.... Sukan untuk orang cacat seluruh rantau Asia Pacific... Cek jaga lawan pedang... Best... Leh tido kt hotel, dapat baju free, sijil lawa, kenal ngan budak2 universiti len...
Nie ngan atlit negara, nama apa ntah kakak nie dh lupa... Len2 yang menyibuk tu adik2 dari skolah sukan bandar penawar, johor... huhuuu...
Aku masih kanak2... heheee... Nie time cek jd volunteer untuk muzium negara time Smart Kids' 07 kt PWTC... Cek jd PR kt pameran tu... Jenuh cek time tu nk menjawab ngan budak2 bandar yang terer speaking... huhuuu...
Nie cek kt Rumah Nur Salam, Chow Kit... Cek ngan volunteer2 tetap kt umah nie... Sem lepas rajin gak cek pi umah tu, main2 ngan adik2 t ctu, serve diorang makan, ajar diorang tuisyen, join xtvt yg volunteer len buat kt ctu... Kcian adik2 kt ctu, nasib diorang tak bertuah cam kita... huhuuu...
Johor Flood Mission 2006... Cek join ngan kawan2 dari fac information systems, puncak perdana ngan health science, alamanda. Mission kami, cuci lumpur kt skolah agama kota tinggi & stesen bas kota tinggi... Stay 3 ari 2 malam kt kolej 16, utm skudai... Miss all of u... huhuuu...
Sambil cuci stesen bas sambil posing... boleh lahh... huhuuuu....
Bersyukurnya aku, fizikal aku sempurna & aku lg hensem... heheee... Nie ngan atlit dari china time FESPIC games...
Arghhh.. Darah aku... Aku dah dermakan... baiknya aku... huhuuu... perasan tak aku... Tengok, ada awek dh tertawan kt cek... So... Jadilah sukarelawan... huhuuu... ( Ira, sori... just iklan. huhuuu... )
Nie kat Smart Kids Exhibition, PWTC lg... lpas bersukarela, kita posing lah... heheee... kan anne? huhuuu....
Nie sebelum kna cuci skolah kt kota tinggi, Johor Flood Mission Volunteers... Posing dulu sebelum baju kotor & muka comot... huhuuu....
Nie muka2 letih after duty kt tasik putrajaya.... Tapi hati ikhlas tau... huhuuu...Volunteers MASUM games 06...
Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional peringkat Bkt Bintang, KL.... Ni bkn kt KL tau, ni 5 hari kt IKBN temerloh & 5 hari kt kampung kuala medang, raub, pahang... best giler.... huhuuu....






